Jumaat, 21 Ogos 2009

Undang-undang Pengakap

Undang-undang Pengakap yang asal disusun
dalam ayat yang jelas dan mudah difahami
untuk menetapkan peraturan yang menjadi asas
dalam melahirkan warganegara yang baik.
Undang-undang Pengakap telah menjadi batu
asas dalam Kepengakapan dan memberi garis
panduan tentang bagaimana kita seharusnya
menjalani kehidupan seharian kita.
B-P mengambil inspirasi untuk menulis
Undang-undang Pengakap daripada kod
‘Bushido’ Pahlawan Samurai Jepun,
Undang-undang puak Red Indian Amerika,
kod kesatriaan Pahlawan Eropah (Knights)
dan juga nilai-nilai pegangan dan amalan
pahlawan Puak Zulu yang pernah
ditemuinya di Afrika.
1. DIPERCAYAI (Trustworthy)
Pengakap adalah seorang yang dipercayai maruah dan
kehormatan dirinya.
TAAT (Loyal)
Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang
Dipertuan Agong, kepada Rajanya, Negaranya,
Pemimpin-pemimpin pengakapnya, ibu-bapanya,
orang-orang diatas dan orang-orang yang di bawahnya
3. BERGUNA (Useful)
Pengakap wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong
orang pada setiap masa.

4. BERSAUDARA (Friend to all)
Pengakap itu sahabat kepada sekalian dan saudara kepada
lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat danagamanya sekalipun.

5. BERBUDI (Courteous)
Pengakap itu baik dan sempurna budi pekertinya dan
sentiasa berbudi.

6.Kasihkan Binatang (Friend to animals )
Pengakap baik hati dan kasihkan binatang..

7. MENURUT PERINTAH (Obedient)
Pengakap itu seorang yang sentiasa menurut perintah dan
suruhan ibu-bapanya, kepala patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya dengana tiada apa-apa soalan.

8. TABAH HATI (Cheerful)
Pengakap itu seorang yang sentiasa sabar dan manis
mukanya dalam kesusahan.

9. BERJIMAT (Thrifty)Pengakap itu jimat dan cermat

10. SUCI FIKIRAN, PERKATAAN PERBUATAN (Reverence)
Pengakap itu bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan
perbuatannya.
Pengakap itu sahabat kepada sekalian dan saudara kepada